Monday, June 18, 2007

Nombor & Anda..

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah No. 1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah No. 2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah No. 3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah No. 4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah No. 5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah No. 6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah No. 7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah No. 8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah No. 9
No .1 **** Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. > Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.
No. 2 **** Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi anda mempunyai bakat> dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. > Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.
No. 3 **** Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. > Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.> >
No. 4 **** Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang rin> ggit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. > Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.
No. 5 **** Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman.> Pasangan ideal anda adalah no.1, 2, 9.
No. 6 **** Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. > Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.
No. 7 **** Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang> realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. > Pasangan ideal anda adalah no.2.
No. 8 **** Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. > Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.
No. 9 **** Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. > Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Baca Selanjutnya..

Sunday, June 17, 2007

HADIAH YANG SERING DILUPAI BUAT YANG TERSAYANG

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak,dll.

7. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

Baca Selanjutnya..

KASIH SAYANG MENGIKUT BULAN

Januari - Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan - Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati - Sukar setia pada yang satu. - Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya -Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya. - Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya. - Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya. - Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang. - Pasangan ideal untuk individu yang lahir dalam bulan Januari selalunya dilahirkan dalam bulan 3,6,8,11. - Kebanyakan bangsa Cina yang ramai lahir dalam bulan ini.

Febuari - Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianati pasangan. - Amat hormat kepada pasangan. - Amat suka memikat pasangan. - Jujur dan berterus terang dalam perhubungan. - Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya - Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu) - Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan. - Kurang beremosi terhadap pasangannya. - Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya. - Pasangan ideal: Lahir bulan 5,9,10,12

Mac - Mudah menawan hati pasangannya. - Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya. - Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati - Sangat baik dalam menjaga perhubungan - Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai. - Persaan cemburu yang minima. - Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya. - Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras. - Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan. - Suka menuduh melulu tanpa usul periksa. - Berprasangka terhadap pasangan. - Pasangam Ideal: Lahir dalam bulan 1,5,10,12. - Kebanyakkan orang Eropah lahir dalam bulan ini.

April - Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan. - Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai. - Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati. - Sentiasa ingin diberi perhatian. - Amat cemburu dalam perhubungan. - Kesetiaan teguh terhadap pasangannya. - Emosi cepat terusik dan mudah terluka. - Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk. - Romantik dan terlalu romantik - Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai. - Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan. - Kebanyakan orang yang lahir dalam bulan ini boleh dianggap 'hamba cinta'seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha . - Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 4,7,11,2 - Kebanyakan bangsa India yang lahir dalam bulan ini.(Patutle Org Hindustan giler babi jiwang).

Mei - Amat mudah jatuh cinta. - Baik dan jujur dalam perhubungan. - Pandai menarik hati pasangan. - Perasaan cinta yang mendalam. - Mudah untuk di pujuk. - Kurang suka untuk sentiasa bersama. - Mudah menerima cinta seseorang. - Pilihan yang tepat dalam berpasangan. - Nekad untuk menjaga hubungan yang baik. - Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) - Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan. - Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan. - Ambil berat dalam menjaga hubungan. - Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 6,9,10,11

Jun - Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan. - Sukar melukai dan memahami hati pasangan. - Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih. - Cerewet dalam hubungan. - Selalu beremosi. - Mudah merajuk dan mudah di pujuk. - Cepat rasa bosan dalam percintaan. - Kurang yakin dalam perhubungan. - Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang. - Elok untuk menjadi Ibu yang baik. - Dahagakan pujian dari pasangan. - Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,3,5,8.

Julai - Amat suka didampingi pasangan. - Sukar dimengerti oleh pasangan. - Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan. - Amat mudah dipujuk dan berterus terang. - Amat menghargai kesetiaan pasangan. - Mengambil berat dan mengasihi pasangan - Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai, - - Mudah terluka dan lambat untuk pulih. - Suka merajuk dan dipujuk. - Setia terhadap pasangan. - Suka mendengar dan tidak suka membantah. - Cemburu terhadap pasangan. - Suka menilai dan menjaga perhubungan. - Pasangan Ideal : Lahir bulan 4,6,7

Ogos - Tidak serius dalam perhubungan - Mengambil mudah dalam perhubungan - Kesetiaan di ragui. - Pandai memujuk pasangan - Suka memimpin pasangan. - Romantik, Pengasih dan Penyayang. - Kelam kabut dalam perhubungan. - Sering bertukar pasangan - Sukar mencari pilihan yang tepat - Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima. - Mudah meluahkan kat cinta pada sesiapa yang berkenan. - Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,6,10,12 - Kebanyakan bangsa Bani Israel dizaman Arab Jahiliyah yang lahir dalam bulan ini.

September - Bersopan dalam hubungan - bertolak ansur terhadap pasangan - Suka mengkritik pasangan - Sangat prihatin terhadap pasangan - Sangat sensitif dan emosi - Pandai memahami pasangan - Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan - Amat memilih pasangan - Sukar melupakan sekiranya hati terluka. - Mudah simpati dengan perasaam dan masalah pasangan. - Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 3,6,8,11

Oktober - Amat suka berkomunikasi dengan pasangan. - Suka disayangi dan menyayangi pasangan. - Sopan terhadap pasangan. - Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan. - Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya. - Sukar menerima pandangan pasangan. - Emosi yang mudah terusik. - Pengasih, Penyayang terhadap pasangan. - Cemburu dan terlalu cemburu. - Romantik - Memahami pasangan. - Pasangan Ideal: Individu ini ramai pasangan yang sesuai dengannya 1,2,4,5,8,9,10,12. - Kebanyakan bangsa melayu yang lahir dalam bulan ini.

November - Banyak helah dalam menghadapi pasangan. - Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan. - Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa. - Degil dan engkar dengan pasangan. - Tidak suka dikongkong oleh pasangan. - Mudah ambil berat terhadap pasangan. - Tidak menghargai perhubungan. - Sambil lewa dalam perhubungan. - Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung. - Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan. - Kurang menhargai pasangan dan hal-hal percintaan. - Kurang bersama dengan pasangan. - Pasangan Ideal: 4,7

Disember - Pemurah terhadap perhubungan - Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama. - Tergesa-gesa dalam perhubungan - Suka didampingi oleh pasangan. - Benci dikongkong.- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu. (Utk Lelaki) - Suka mempengaruhi pasangan - Curang dalam percintaan. - Kurang berkerjasama dengan pasangan. - Selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru - Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan. - Pasangan Ideal: Lahir bulan 3,9,11,12.

Baca Selanjutnya..
Related Posts with Thumbnails

visitors globe

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP