Friday, May 7, 2010

1st Season - Cute Baby in B.L.U.E contest

Adieff join contest lg... Nasib baik adieff banyak pose dengan baju biru.. senang skit ummi nak select.. 
Detail / info pasal contest ni bole klik kat banner bawah ni yer...


1st Season - CUTE BABY IN B.L.U.E
contest by suziey & ina..hehe..

Ummi pertaruhkan gambar 'Adieff ' yang comel kat bawah ni ...
Nama  :: Adieff Eizlan Bin Maszalan
Umur   :: 20 bulan
DOB   :: 17 September 2010 


Hadiah dia memang berbaloi ... bestnyer...

" GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MOMGUESS.BLOGSPOT "
update:

WINNER of the season akn automatically selected utk FINALE SEASON but....TIDAK akan dibenarkan utk join contest utk season berikutnya..bg peluang plak la pd org lain utk dpt peluang ke FINALE SEASON

summary :
1st Season (21 April - 15 May)
Season 2 (21 May - 15 June)
Season 3 (21 June - 15 July)
Season 4 (21 July - 15 Augus)
Season 5 (20 Aug - 15 Sept)
FINALE SEASON ( 20 Sept - 15 Oct)

so all together 10 winners (5 baby boy + 5 baby girl) akn compete for the FINALE SEASON..kami dh plan SURPRISE for every season..:)


Baca Selanjutnya..

Monday, May 3, 2010

FACE EXPRESSIONS CONTEST

FACE EXPRESSIONS CONTEST
(HAPPY / ANGRY / SAD / FUNNY / CUTE)

Create your own banner at mybannermaker.com!
Lama sungguh rasanyer tak update blog ni..
Ummi terpanggil tuk update blog bila ternampak contest ni..

Tarikh Tutup Penyertaan : 5/5/2010

di taja oleh :

Click Banner di atas / SINI tuk syarat2 detaail contest...


Gambar tuk entri contest kali ni...

Mimik muka Adief menyakat abang dia... Ntah dari mana dia belajar buat muka camtu tah. Bila ummi marah je dia mula la buat muka gitu.. kenyit mata sambil sengetkan mulut.. selalu jer tak jadi nak marah.. aduhai Adief...abang-abang dia plak memang suker menyakat... tapi cute..

Nama : Adieff Eizlan Bin Maszalan
Umur : 1 tahun 8 bulan




Baca Selanjutnya..

Thursday, January 28, 2010

scorea-ambrynaa MY CHILD WITH SCHOOL UNIFORM CONTEST

Ummi join contest lagi.. kali ni tuk dua bujang ummi ni plak.. Hadiah menarik.. Program Score A... best tu.. mana la tau Amierull bole dapat.. bole la guna tuk UPSR dia tahun ni.. aminnn.. Gambar 2 hero ummi tuk contest ni...

Penyertaan pertama dari ummi...
Nama : Amierull Eiman ( Elul )
Umur : 12 tahun ( UPSR tahun ni.. huhu..)
Sekolah : Sek. Keb. Taman Kota Kulai 2, Kulai

Elul ni anak sulung ummi.. handsome.. harapan ummi tuk tolong jaga adik-adik.. tapi selalu jer jadi mangsa kena marah bila adik2 dia buat salah.. apa nak buat.. dah nama abang kan.. Tahun ni dia UPSR.. ummi risau sungguh.. kesian pun yer.. mana tak nyer.. nampak penat sangat dengan jadual sekolah.. kelas tambahan, tuisyen, sekolah agama, aktiviti ko-kurikulum, sukan la.. iskh.. Mudah-mudahan UPSR dia success... amminn..

Penyertaan Kedua dari ummi ...


Nama : Azarull Eiqmal ( Emal )
Umur : 9 tahun ( 
Sekolah : Sek. Keb. Taman Kota Kulai 2

Emal ni hero ummi yg 2nd. Paling kuat mengamuk & merajuk. Gambar ni ummi amik masa dia mula-mula masuk sekolah.. darjah satu la tu.. muka blur jer. Tapi berani skit dr abang dia. Tahun lepas dapat anugerah pelajar cemerlang.. ye la.. ketua darjah kena la pandai kan.. baru kawan-kawan boleh sokong..ummi hepi sangat bila emal bagi surat jemputan tuk amik anugerah tu.. tapi sayangnya ummi tak dapat pegi...mudah-mudahan tahun ni dapat kekalkan kecemerlangan tu..

Info pasal contest ni...

Penganjur contest : Scorea-ambrynaa.blogspot.com 
 Tengok syarat contest selanjutnya di SINI ..
Hadiah menarik menanti anda!
PRIZES ...
Langganan Score A Programme berharga RM298!!
( Penggunaan 3 Bulan untuk seorang anak )

Tarikh tutup : 30 January 2010


Baca Selanjutnya..

Saturday, January 23, 2010

Adakah Anda Berdua Pasangan Serasi ?


Jika anda inginkan perkahwinan yg bhgia,carilah pasangan yg berbeza posisi dgn anda. Berikut adalah informasi mengenai kombinasi pasangan berdasarkan posisi mereka sbg anak dlm keluarga serta saranan penting sbg panduan.

SULUNG+SULUNG DAN TUNGGAL+TUNGGAL = PEREBUTAN KUASA

Anak sulung dan anak tunggal memiliki karekter yang sama.Masalah yg dihadapi oleh pasangan ini biasanya berkisar drpd sifat mrk sendiri yg inginkan kesempurnaan. Dan sentiasa memikirkan siapa yg lebih berkuasa dlm apa juga perkara.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI

Bhenti drpd terus mengkritik pasangan jika mengimpikan kehidupan yg bahagia.Kritikan pedas biasanya menjadi kebiasaan kepada anak tunggal.
Jgn suka mbuat andaian yg berlebihan tentang sesuatu perkara. Contohnya perkara yg belum berlaku, tetapi anda sudah menentukan ianya pasti berlaku.Sesungguhnya sikap begitu menjurus menjadikan anda seorang yg keras,bukan hanya pada diri sendiri tetapi juga pada pasangan.Ini adalah sikap yg sgt tdk baik krn setiap pasangan inginkan kelembutan bukannya kekerasan.
Definisikan peranan masing2 dgn jelas.ini dpt mengelakkan drpd perdebatan atau pertengkaran tentang siapa yg berhak melakukan ini atau itu.Berbincang dan putuskan sejak awal tentang tanggungjawab masing2.
Hentikan terus sikap tamak atau mendominasi.Tdak semestinya apa yg anda inginkan akan anda dapati.
Dalam mencapai sesuatu perkara, mungkin caranya lebih baik drpd cara anda.Belajarlah untuk berkata “Cara kamu juga baik.Apa kata Kita Cuba dulu cara yg kamu sarankan ini.”

Baca Selanjutnya..

Tuesday, December 22, 2009

Ayat-Ayat "Cinta" Selepas Kahwin ... huhu



Ayat Sebelum Tido:

6 minggu   : Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan      : Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun      : Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Ayat Nak Pakai Toilet:

6 minggu   : Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan      : Masih lama lagi ke nih?
6 tahun      : Brang! brang! brang! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Baca Selanjutnya..

Monday, December 14, 2009

SWEET MOMENTS by LENSA MAMA



Contest pertama yang dianjurkan oleh LEnsa MAma... Contest ni berkaitan dengan apa-apa yang 'SWEET'. Jom tengok syarat dia...

How to join this sinful SWEETness?
1. Be a follower of lensaMama( done)
2. Include lensaMama in your blog list (done)
3. Copy lensaMama's badge to the sidebar of you blog and link it to http://lensamama.blogspot.com/(done)

Baca Selanjutnya..

Mandi Manda kat Rumah Ibu ....



Disember macam biasa la...musim hujan.. Nak bawak anak2 g manda manda macam risau la skit.. jadi ummi beli kolam plastik yang besssaarr tuk dorang. Tengok la gambar tu.. air lom sampai suku lagi semua dah masuk.. tak sempat -sempat.. baik yang besar.. yang kecik.. tak ingat2. Adieff pun bole tahan tu... tak kuar dari kolam. Ummi yang tengok pun macam syok yer.. nak masuk sekali kang roboh plak kolam tu.. hihi...

Baca Selanjutnya..

Sunday, December 13, 2009

Bunga & Maksud Personaliti



Sebelum anda menghadiahkan bunga sebagai pemberian, mari kita sama-sama mengetahui maksud di sebalik bunga-bungaan yang menjadi pilihan pada sesetengah majlis perkahwinan mahupun sebagai hadiah pemberian kepada yang tersayang. Pemilihan bunga yang 'closest to the message' yang cuba disampaikan adalah cara terbaik menunjukkan personaliti sesuatu pemberian. Dan biarlah yang tersayang tahu bahawa anda inginkan pemberian tersebut menjadi satu pemberian yang amat bermakna

Carnations

Adalah bunga yang paling dikenali di seluruh dunia. Bunga Carnation selalunya dihargai dan menyenangkan. Ia ada dalam pelbagai warna dan pada asasnya adalah simbolik kepada tarikan cinta

Baca Selanjutnya..

Friday, December 11, 2009

SWEET WANNUR & COMEL BERGAYA GIVEAWAY




Giveaway kali ni plak dianjurakan oleh wannur bersempena dengan 3rd anniversary perkahwinan wannur & suami (30 Nov), dan juga bersempena pembukaan kedai baru wannur iaitu COMEL BERGAYA!!

Baca Selanjutnya..

Thursday, December 10, 2009

Giveaway dari Ibtisamfarah

Ni ada ladi giveaway contest. Meriahnya dunia blog ni.. Ummi pun dah tersyok join contest2 ni. Menang kalah belakang citer...


Giveaway kali ni datangnya dari http://ibtisamfarah.blogspot.com/2009/11/my-very-first-giveaway.html. Kat blog dia banyak citer pasal craft. Creativeeee... ummi pun suka sangat dengan craft ni.. cuma sekarang ni kekurangan masa nak hadap benda kecik2 tu. Bukan apa baru jer kuar tong craft.. baby adief dah sebok datang tolong bongkar.. dibuatnya manik tumpah satu kerja nak memungut... Kalau dia dapat kain plak.. satu rumah dia heret.. camne la ummi nak buat kerja ekk...Apa-apa pun kena la tunggu dia tido... tp.. kdg2 nak tidokan dia.. dengan ummi pun ikut tertido.. hihi.. camno tu ?? apa pun ummi luv craft..

Kalau ummi  dapat hadiah kain tu.. ummi nak  buat tote bag la... Tengok ramai yang buat tote bag tu cantik2 plak.. teringin nak ada satu dari hasil kerja tangan sendiri.. InsyaAllah... Cantik kain yang tuan punyer giveaway ni nak bagi.. ummi suker kain itam putih tu... mana la tau ada rezeki kan...
 

So pada sesaper yang nak cuba dapatkan kain tu gak.. meh la join giveaway.. reramai meriahkan dunia contest kat blog... Kalau tak dapat .. kita cuba la lagi..

Tarikh tutup : 13 Disember 2009


Baca Selanjutnya..

Sunday, December 6, 2009

Aksi Ceria Si Comel Bersama Stereng

Haa... ni ada contest lagi... Ummi dah ter syok plak join2 contest ni...  Contest kali ni datangnya dari ... blog Ryn



Contest dianjurkan bersempena ngn 2nd Birthday Adam yg bakal menjelma Disember ini... Hepi besday to Adam ..
Antara syarat2 contest :

:: Copy banner kat atas ni boh kat sidebar korang berserta ngn link contest. Takde link otomatik tak layak... ( done )
:: Jadi follower blog daku...Jangan segan2 eh...(done)
:: Umur anak antara 0-3yrs. Terbuka kepada boy & girl. (okies)
:: Upload gambar anak berserta dgn aksi sterengnya. Letak nama dan umur, pehtu korang cerita laa serba   sedikit pasal gambar tu...Tak kisah laa stereng ape pn jnji STERENG.. ( done)
:: Upload berapa banyak yg boleh, tapi hanya SATU gambar terbaik akan dipilih utk dipertandingkan....( 4 cukupla.. confuse nak pilih yang mana ..)
:: Kalau korang ada 2 org anak...boleh je...tp takleh gambar bersama kena gambar sorang2. Nnt susah nak wat keputusan.. ( satu jer )
:: Setelah syarat kat atas ni complete, sila laa tinggalkan link korang supaya senang tuan punya contest nak terjah..(done)

Tarikh tutup contest : 18 Disember 2009 @ 10pm

Aksi Ceria Si Comel "Adieff" Bersama Stereng





Nama baby : Adieff Eizlan Bin Maszalan
Umur : 1 tahun 2 bulan

Ntah kenapa yer budak2 kecik ni suker sangat ngan stereng. Apa agaknya yang dorang fikir.. Macam baby lain jugak.. adieff pun pantang betul nampak stereng.. masuk jer keta ... stereng pasti jadi tumpuan dia dulu. Kadang-kadang tu.. ummi letak dia kat car seat.. pusing jer dia dah tertonggeng nak g kat tempat stereng tu.. Bila papa dia drive.. dia gasak nangis nak dok kat papa dia.. bila g kat fun park yang banyak keta menan tu.. dah naik memamg susah nak turun... Kalau kita angkat dia jerit sekuat hati.. adeehh... apa pun seronok tengok aksi nakal dia.... apa agaknya yang best sangat kat stereng tu ek... adieff oh adieff...


Aksi adieff sebelum tertonggeng kat stereng.. Masuk jer keta.. terus nak g kat stereng.. iskhhh
( Gambar ni bukan tuk contest .. Hiasan jerk.. hihi)

HADIAH DISEDIAKAN UTK 3 PEMENANG SAHAJA
+
3 HADIAH LUCKY DRAW

APA LAGI, CEPAT2 LAH JOIN CONTEST ..... SELAMAT MENCUBA!!





Baca Selanjutnya..

Saturday, December 5, 2009

"Seindah Butterfly" Giveaway - Kategori B



Dah lama ummi tak jalan-jalan ke blog lain... Ada masa ni ummi jengah2 la.. banyaknyer contest ujung2 tahun ni. Ummi tak penah lagi join contest2 kat blog ni.. Kali ni ummi nak join la.. suka tgk gambar baby2 tu.

Contest ni diberi nama"Seindah Butterfly" Giveaway B sempena besday tuan punyer blog tersebut.
Hadiah plak disponsor oleh 'selumber mama' , cUDa. seorang tokey baju.
Jom tengok syarat peraduan...

Baca Selanjutnya..

Emal & Anugerah Pelajar Cemerlang

Lama rasanya tak bercerita pasal kisah anak-anak kat blog ni. Entry kali ni memang terlewat.. tapi ummi post jugak sebab nak 'abang ngah emal ' ( hero ummi yang 2nd) tu rasa kembang skit.



Baca Selanjutnya..

Sunday, November 15, 2009

Rahsia Di Sebalik Gerak Laku

Kadang-kadang kita tidak menyangka bahawa perlakuan adakalanya mencerminkan sikap seseorang. Di sini disenaraikan gerak laku yang berkait dengan sikap.




Baca Selanjutnya..

Thursday, November 12, 2009

Sumpah Bunian ...

Akhirnya dapat jugak ummi habiskan tengok citer SUMPAH BUNIAN ni.. Drama best2 tayang time keja la plak.. Jadi terpaksa la tengok ulangan jer.. tu pun kat web.. nak tgk ulangan kat TV9 asik terlepas.. mana tak nya malam tu plak time tuk masak.. time buat kerja umah plak... abis.. tgk kat web dari mana?? hihi... sssyyhhhhhhh...





Baca Selanjutnya..

Monday, November 9, 2009

Rahsia Warna Lipstick

Pemilihan warna lipstik adalah terpulang kepada cita rasa individu masing-masing dan di sebalik warna pilihan mereka itu, ia mewakili sikap dan peribadi diri mereka sendiri. Dikatakan hanya gadis yang berani selalunya memilih warna yang terang dan garang seperti merah untuk menyerlahkan lagi penampilan diri mereka. Malah ada yang mendakwa lipstik merah menambahkan seri wajah si pemakai. Namun tidak kurang juga yang menggemari warna yang lembut seperti pink, coklat dan sebagainya. Malah ada yang hanya selesa memakai lip gloss sahaja. Semua itu terpulang kepada diri individu itu sendiri.





Baca Selanjutnya..

Thursday, November 5, 2009

Adieff Yang Menghiburkan






Baca Selanjutnya..

Sunday, October 18, 2009

Kenali Watak Melalui Kuku

Bentuk kuku kita memiliki makna yang berbeza. Bagaimanakah bentuk kuku kawan baik, pasangan atau diri anda? Kenalilah wataknya...




1. Kuku yang baik, rapi dan indah :

Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.


Baca Selanjutnya..

Friday, October 2, 2009

Heellloooooo...

Lamanya rasa tak menjengah ke blog ni. Kerja bertimbun-timbun atas meja. Bukan la sebab ummi banyak 'ngular' tapi memang banyak yang perlu di update. Makin banyak buat makin banyak plak yang datang. Itu satu hal, blog ni satu hal gak.. gatal tangan aritu dok ubah2 template konon.. nah ko... semua lari.. pastu tak sempat nak betulkan. Konon pandai.. tapi tak pun... uuwwwaaa...

Baca Selanjutnya..

Tuesday, August 18, 2009

RAHSIA PERSONALITI BERDASARKAN GAYA CUTI

Kali ni jom kita layan dulu artikel tentang RAHSIA PERSONALITI BERDASARKAN GAYA CUTI ini. Rupanya memilih tempat melancong pun ada maksud tersiratnya...Jom baca...Zassssss…………..Oppssss….sebelum itu, mungkin ada baiknya kalau anda pilih dulu, lokasi bercuti berikut ini, sebelum membaca sepenuhnya.


Sekiranya anda diberi pilihan, ke manakah anda akan bercuti?

1. PULAU (Contoh, Pulau Perhentian ker…)
2. BANDAR-BANDAR BESAR (Contoh, TOKYO, LONDON ker…)
3. TAMAN TEMA (Contoh, Genting Park ker, Disneyland ker…)
4. BANDAR / KOTA BERSEJARAH (Contoh, Melaka ker, ISTANBUL ker…)
5. GUNUNG-GANANG (Contoh, Gunung Tahan ker, Kinabalu ker…)
 

Baca Selanjutnya..
Related Posts with Thumbnails

visitors globe

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP