Monday, November 24, 2008

My Hero 'Elul' menang.. yeaahhh


yeaa.... jumpa semula keratan majalah ni.. baru first baby.. rajin ler dok antar gambar baby sana sini. Pantang jumpa baby contest semua antar.. klu kat memana shopping complex ada contest pun join gak. Ye la.. fisrt baby teruja la nak tgk baby membesar.. sekarang dah tak kecukupan masa da...

Baca Selanjutnya..

Saturday, November 22, 2008

Adieff dilamun mimpi??

Video2 ni dipindahkan dari blog asal.. malas dahnak update blog tu... tak reti plak nak import export dari satu blog ke blog lain ni.. ada sesapa yang bole ajar tak? huhu.. al maklumlan.. 'newbie' jerk dalam 'berblog' ni..



Adieff tengah mimpi kot... teresak esak dia nangis.. sempat shoot kejap jerk.. lupa plak tutup tv.. ada backgroud music plak... backgroud cakap pasal malam pertama?? waakakakaka..

Ni HAziq Emry Isahzee masa kecik.. sekarang Emry dah besar..

Baca Selanjutnya..

Papa At Work !!


Antara lokasi lokasi kerja papa tiap ujung minggu.. orang lain ujung minggu relax kat umah.. papa kena dok dalam utan.. kalau nasib tak baik kena la dok lama kat utan tu.. so pepandai ler cari makanan sendiri.. g la mancing ke.. cari buah utan ker.. ha.. tu dah dapat ikan.. cukupla tuk makan malam nanti kot.. huhu..



Nasib tak baik... pajero sangkut tengah hutan... uikksss...
Sampai ke malam sangkut lagi.. ada plak yang tak berani kuar pajero.. tgk dalam pajero tu.. dok diam jerk dia.. huhu..

Baca Selanjutnya..

Adieff sudah besaarr...



Adieff baru sejam kuar ke dunia baru..


Adieff pas sebulan..

Adieff dah 2 bulan.. yeeee

Baca Selanjutnya..

Friday, November 21, 2008

Sepanjang minggu pertama naik kerja..



17 Nov 2008 ~ Isnin... hari pertama naik kerja selepas 2 bulan syok syok dok umah. Malasnya nak ngadap ofis tu.. dulu suka sangat g ofis.. tapi lately ni macam tak seronok dah.. environment dah berubah kot.. dah tak meriah cam dulu. Muram jer..tak besh.. Tak tau nak mulakan dari mana ni.. so.. buang masa dengan surf internet jer la.. hehehe...


19 Nov 2008 ~ Rabu. Enjin kerja baru nak start.. mula ngan petty cash la.. uikkhss.. pening jap.. confuse tengok balancing yang Anis buat. ditambah dengan boz yang asik menyoal.. sampai terconfuse dah ni... ada ke bole lebih sampai RM4k?? tak logik sungguh.. mustahil la petty cash bole ada lebih.. kurang tu wajib.. kuang kuang kuang... lebih dikaji kaji akhirnyer aku jumpa dah... finally.. shortage RM623.. ha.. biru muka anis & boz.. wa tak campur eh... huhu..

20 Nov 2008 ~ Ari yang sedih.. Boz citer satu hal.. pasal Family Day aritu.. panas gak memula.. tapi panas tu skit.. sedih yang lebih.. Bukan apa.. kita try buat yang terbaik.. nak bagi orang puas hati.. bukan tuk kepentingan diri sendiri pun. Tapi bak kata pepatah tu.. dibalas dengan tuba. Yang baik datang dari orang lain.. tp yang buruk.. wa jugak... adesss. Kekadang hidup ni buat baik salah.. buat jahat lagi la terang terang salah.. so.. lebih baik.. buat 'BODO' jerk... yang penting tak bebetul bodo.. sabar jer la nani...

Baca Selanjutnya..

Kelahiran Adieff Eizlan

Selepas 8 tahun... nak bersalin lagi.. ngeri giler ni. Macam2 dah kat otak ni, tp tak sabar nak kuarkan baby biar cepat settle.. tak yah fikir lagi dah.. due patut 29/11 tapi baby dah 3.8kg.. so doc advise soh kuarkan awal.. takut baby tambah besar nanti susah plak nak bersalin. Kalau tunggu sampi due mau jejak 4.2kg baby ni.. mak aii.. so.. buat keputusan nak induce jer la.. doc soh buat 19/11.. tp request 17/11 sebab nak samakan dengan besday emal (hero no.2 tu la..) On the way g kinik ni... 6.15am
Kebetulan la plak.. 17/11 kul 3pagi dah sakit.. papa tak der la plak.. call papa tak dpt.. kul 5.45am baru papa reply.. lega skit. Kalau ikutkan mmg ari tu dah buat appointment denagn doc tuk buat epidural nak bagi baby kuar awal. Alhamdulillah la.. baby ni camtau jer ummi nak dia kuar ari ni. Kul 6.15am papa sampai.. so terus g kinik. Sampai kinik takut nak masuk.. tgu jer kat luar smpi kul 7.30am..
Ni saat saat akhir baby adieff dok dalam perut ummi.. jap lagi baby nak tengok dunia baru dah... MAsuk kinik misi kata dah bole bersalin.. jalan dah bukak 7.5cm.. cancel epidural dah.. sakit giler.. adeehh.. doktor ni banyak tanya plak...selepas berhempas pulas.. kuar gak baby Adieff ni.. syukur la dapat lahirkan normal.. takutnyer kalau kalau kena operate.. baby kuar2 tengok mak aii.. gelapnyer anak ummi... rupanya doc kata leher dia terbelit tali pusat.. biru muka adieff..sian dia... Ni adieff pas sejam kuar dr perut ummi.. kembang jerk muka. DEngar dia nangis sekali jer..papa kata adieff nangis kena inject.. pastu da tido jer. Nampaknyer papa yang lebih penat..last last papa yang tertido kat katil spital ni.. terkejut nurse tu bila masuk bilik.. mana tak nyer.. katil kecik.. tp ada 2 orang atas katil.. papa ni pun..tak menyabar.. wakakakaa.. Sekarang semua dah selesai.. tak sabar nak tengok adieff membesar plak..

Baca Selanjutnya..

Sunday, June 15, 2008

MAKSUD HURUF DI PERMULAAN NAMA

A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I

Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N

Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P

Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U

Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y

Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Baca Selanjutnya..
Related Posts with Thumbnails

visitors globe

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP