Sunday, November 30, 2008

Punggung & Anda

Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan.Terdapat 5 bentuk punggung dan paha iaitu seimbang, bulat, rata, besardan tinggi. Yang mana satu anda??

1. Seimbang

Paha dan punggungnya seimbang..Tidak terlalu besar.Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat. Tidak terlalu rata.. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah.Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang.Seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya dansangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyakmasalah dan stabil.

2. Bulat

Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik,periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosiol dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Kuat mengharungisegala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.

3. Tinggi

Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangattinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negatiforang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yangdiluahkan orang lain. Suka berseronok. Orang ini suka membuat sesuatumengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar mendapatstatus tinggi dalam masyarakat.

4. Besar

Pemilik punggungbesar dan paha besar seorang yang romantik. Subur. Sihat. Penuh rasacinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita. Ceria,pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yangmustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis "no problem". Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.

5. Rata

Punggungnya rata atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak danterlalu idealistik. Tidak pandai mencari peluang berniaga. Jikaperempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih darisatu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlaluberserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.

Baca Selanjutnya..

My Favorites video...


Lion Sleeps Tonight (Full Video) -

sama tak?? so cute la dorang ni... bravooo

Baca Selanjutnya..

Saturday, November 29, 2008

Adieff dah mandi....


Adieff dah mandi... Adieff dah wangi.. Nasib baik la baby adieff ni semangat.. senang skit ummi nak mandikan dia. Kul 5pm jer dia mesti sedar dari tido.. dia tau dia kena mandi time tu. Masuk jer dlm baby bath tub tu suka jer dia.. Ni adieff kecik lagi lom pandai main air.. tunggu dia besar skit... abis la banjir bilik air agaknya nanti...

Baca Selanjutnya..

Friday, November 28, 2008

Buat kerja weeiii !!!


Fail2 yang bertimbun menunggu dengan sabarnyer untuk disemak & ditandatangan.. dah tau bertimbun masih gak menggodeh blog.. sabaq eh fail.. hihi.. sat lg sign la.. Tu baru fail bertimbun tu.. tak kira yang atas tray lagi nih.. hhmm.. macam malas la plak nak buat kerja.. dah ler tu.. bila baru nak start buat kerja teringat plak nak join contest Power Root.. mana tau bole menang plak.. saper tau rezeki kan.. dah.. kuarkan borang contest plak.. tak siap la nampaknyer kerja aku... wakakaka...


Banyak form nak antar ni... agak2 bleh menang tak??

Baca Selanjutnya..

Dahi & Anda

Dahi Jendol
Dahinya agak luas dan seolah-olah 'benjol' ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak 'buruk' rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu?

Sebenarnya mereka ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan dilakukan dengan baik.

Selain itu,mereka juga pandai bergaul dan menempatkan diri mereka di dalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan 'burung' di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni.

Tapi usahlah setia 'membuta' sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebab itulah mereka perlukan dorongan!

Dahi sempit
Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak 'mati' kalau hidup sorang- sorang pun.

Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak 'sempit'! Kamu yang memiliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya.Sebaliknya,entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan kekasih! Kenapa yer....? Janganlah sedeh .jodoh dan pertemuan telah di tetapkan untuk semua insan. Akan datang jua padamu suatu hari nanti.

Dahi lebar
Wah! Saiz dahinya agak 'lapang' dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak 'lebar' di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal 'simpan menyimpan' ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.

Dahi bersegi
Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula, mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.

Dahi berbentuk 'M' atau 'hati'
Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih 'serasi' dengan orang-orang yang 'sekepala' dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja 'rezeki' yang mereka Dapat. Dah nasib badankan!

Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu, mereka juga'mulut tempayan' dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu 'membuka'bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu 'satu dunia tahu',bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!

Dahi dengan juntaian anak rambut
Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman - teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.

Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik 'over budget' saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!

hhmm : yang mana satu kategori dahiku? huhu...

Baca Selanjutnya..

Wednesday, November 26, 2008

di mana Cincinku..

sedihnya nampak gambar ni... uuuwwaaa... teringat kat cincin aku yang sejibik camni tapi dah ilang......... dah tak mampu nak beli semula... papa... belikan satu lagi... bleh??

Baca Selanjutnya..

Fall In Luv Wit tis Movie la...



besh..besh.. naper ek rasa movie ni besh sangat..Bila cakap i luv sangat citer ni ramai plak yang kata 'eii jiwangnyer'.. hhmm.. apa la..rasanya ni bukan pasal jiwang.. korang tu yang takde perasaan kot.. kekeke.. hayati la bebetul maksud citer tu. Macam mana perasaan CINTA tu bole difahami tanpa sebarang ungkapan.. chewah... tp yang besh tgk camner pengorbanan seorang isteri yang terpaksa berkongsi kasih dalam rela.. Salah ke bermadu? Salah ke kawin lebih dari satu? hhmm..

Dah dapat dolod novel dia... bila la bole dapat membaca plak ni.. kerja berlambak-lambak dah ni..

Baca Selanjutnya..

Rahsia Hari Lahir Wanita

Tabiat wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka..(Jgn percaya sangat..)

ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati.Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal.Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU
Suka berdendam.Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus.Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD
Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya.Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

Baca Selanjutnya..

Kenali Diri Melalui Tarikh Lahir

Dapatkan angka bagi kotak pertama... dengan mencampurkan angka tarikh lahir anda..

Contoh: 25 06 1976

2 + 5 = 7

Maka kotak pertama adalah 7..

Angka bagi kotak kedua...campurkan kesemua nombor.. (tarikh + bulan + tahun..)

2 + 5 + 0 + 6 + 1 + 9 + 7 + 6 = 36
Jika hasil campur tersebut adalah lebih dari 9, perlu dicampurkan semula sehingga menjagi sau angka sahaja seperti contoh:
3 + 6 = 9
Maka kotak kedua adalah 9..

Langkah seterusnya.. campurkan angka di kotak pertama & dengan angka di kotak kedua
7 + 9 = 16
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 6 = 7

Maka kotak ketiga ialah 7.. hasilnya.. lihat kategori di bawah

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour
2: Lembut
8: Bisnes

Maka anda sudah cerminkan diri dengan sifa-t tertentu.. Mungkin sifat2 tersebut memamng ada di dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna..

Tips dari : Dr. Fadzilah Kamsah..

Baca Selanjutnya..

CINTA VS KAWAN

Satu Hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa?? Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa?? Kerana KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!!

Di dalam telaga CINTA hilang.. Kenapa?? Kerana...CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, Sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap... Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa?? Kerana...KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...Itulah hakikatnya...

p/s : So, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia bererti... Tapi kenali dulu KAWAN tu sebab bukan semua KAWAN yang boleh dianggap KAWAN. ..huh..

Baca Selanjutnya..

Monday, November 24, 2008

RESEPI PERKHAWINAN BAHAGIA


Bahan-bahannyer


2 kg penuh pegangan teguh kepada Tuhan & ajaran agama
1 kilo rasa cinta & kasih yang sentiasa membara
1 kilo rasa kesyukuran & ketaqwaan
4 cawan rasa tanggungjawab
3 cawan daya penambat hati ( appeal, daya tarikan termasuk penawar & pelembut hati)
2 cawan penuh puji pujian, kemesraan & gurau senda
2 cawan pati kemanusiaan
2 cawan keyakinan diri masing-masing, dorongan & sokongan
1 cawan rasa kepuasan
1 cawan budi bahasa
1 cawan perasaan timbang rasa
1 cawan tolak ansur & toleransi atas segala kesilapan & kelemahan kedua belah pihak
2 gelas ucapan terima kasih untuk disirami selalu
1 sukatan peruntukan kewangan yang mencukupi
2 orang anak kecil sekurang-kurangnyer
4 cawan penuh pengucapan maafkan daku ( ini juga penting untuk dijadikan amalan diet kita )
Secubit campur tangan mertua
Curahkan kerjasama yang perlu dan kesediaan kerja berpasangan dan perkongsian


Cara Membuat & Mengamalkannya


Adunkan dengan cermat semua bahan-bahan di atas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap mengkritik, perasaan marah & sakit hati.
Isingkan dengan bunga-bunga cinta yang segar dan panaskan dengan bara api kesetiaan dan kejujuran.
Hiaskan dengan 2 orang anak kecil dan bolehlah ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing-masing.


Peringatan


Jangan sekali-kali dihidangkan dengan sikap dingin dan lidah yang berbisa. Makanan kalau sesedap mana pun jika dihidangkan dengan sikap dingin akan menjadi hambar. Hiaskan dengan senyuman manis penuh kasih sayang. Sesekali bawalah hidangan ini untuk menikmati bersama ke tempat peranginan ketika berbulan madu dulu agar kemanisannyer tetap berkekalan. Seperti juga masakan, ia perlu diletak serbuk perasa. Perlu diingatkan, serbuk perasa resepi perkhawinan bahagia ini ialah keimanan, kesabaran & kesungguhan kita untuk mencapai kebahagiaan tidak kira berapa besar pun pancaroba yang melanda.

Baca Selanjutnya..

My Hero 'Elul' menang.. yeaahhh


yeaa.... jumpa semula keratan majalah ni.. baru first baby.. rajin ler dok antar gambar baby sana sini. Pantang jumpa baby contest semua antar.. klu kat memana shopping complex ada contest pun join gak. Ye la.. fisrt baby teruja la nak tgk baby membesar.. sekarang dah tak kecukupan masa da...

Baca Selanjutnya..

Saturday, November 22, 2008

Adieff dilamun mimpi??

Video2 ni dipindahkan dari blog asal.. malas dahnak update blog tu... tak reti plak nak import export dari satu blog ke blog lain ni.. ada sesapa yang bole ajar tak? huhu.. al maklumlan.. 'newbie' jerk dalam 'berblog' ni..



Adieff tengah mimpi kot... teresak esak dia nangis.. sempat shoot kejap jerk.. lupa plak tutup tv.. ada backgroud music plak... backgroud cakap pasal malam pertama?? waakakakaka..

Ni HAziq Emry Isahzee masa kecik.. sekarang Emry dah besar..

Baca Selanjutnya..

Papa At Work !!


Antara lokasi lokasi kerja papa tiap ujung minggu.. orang lain ujung minggu relax kat umah.. papa kena dok dalam utan.. kalau nasib tak baik kena la dok lama kat utan tu.. so pepandai ler cari makanan sendiri.. g la mancing ke.. cari buah utan ker.. ha.. tu dah dapat ikan.. cukupla tuk makan malam nanti kot.. huhu..



Nasib tak baik... pajero sangkut tengah hutan... uikksss...
Sampai ke malam sangkut lagi.. ada plak yang tak berani kuar pajero.. tgk dalam pajero tu.. dok diam jerk dia.. huhu..

Baca Selanjutnya..

Adieff sudah besaarr...



Adieff baru sejam kuar ke dunia baru..


Adieff pas sebulan..

Adieff dah 2 bulan.. yeeee

Baca Selanjutnya..

Friday, November 21, 2008

Sepanjang minggu pertama naik kerja..



17 Nov 2008 ~ Isnin... hari pertama naik kerja selepas 2 bulan syok syok dok umah. Malasnya nak ngadap ofis tu.. dulu suka sangat g ofis.. tapi lately ni macam tak seronok dah.. environment dah berubah kot.. dah tak meriah cam dulu. Muram jer..tak besh.. Tak tau nak mulakan dari mana ni.. so.. buang masa dengan surf internet jer la.. hehehe...


19 Nov 2008 ~ Rabu. Enjin kerja baru nak start.. mula ngan petty cash la.. uikkhss.. pening jap.. confuse tengok balancing yang Anis buat. ditambah dengan boz yang asik menyoal.. sampai terconfuse dah ni... ada ke bole lebih sampai RM4k?? tak logik sungguh.. mustahil la petty cash bole ada lebih.. kurang tu wajib.. kuang kuang kuang... lebih dikaji kaji akhirnyer aku jumpa dah... finally.. shortage RM623.. ha.. biru muka anis & boz.. wa tak campur eh... huhu..

20 Nov 2008 ~ Ari yang sedih.. Boz citer satu hal.. pasal Family Day aritu.. panas gak memula.. tapi panas tu skit.. sedih yang lebih.. Bukan apa.. kita try buat yang terbaik.. nak bagi orang puas hati.. bukan tuk kepentingan diri sendiri pun. Tapi bak kata pepatah tu.. dibalas dengan tuba. Yang baik datang dari orang lain.. tp yang buruk.. wa jugak... adesss. Kekadang hidup ni buat baik salah.. buat jahat lagi la terang terang salah.. so.. lebih baik.. buat 'BODO' jerk... yang penting tak bebetul bodo.. sabar jer la nani...

Baca Selanjutnya..

Kelahiran Adieff Eizlan

Selepas 8 tahun... nak bersalin lagi.. ngeri giler ni. Macam2 dah kat otak ni, tp tak sabar nak kuarkan baby biar cepat settle.. tak yah fikir lagi dah.. due patut 29/11 tapi baby dah 3.8kg.. so doc advise soh kuarkan awal.. takut baby tambah besar nanti susah plak nak bersalin. Kalau tunggu sampi due mau jejak 4.2kg baby ni.. mak aii.. so.. buat keputusan nak induce jer la.. doc soh buat 19/11.. tp request 17/11 sebab nak samakan dengan besday emal (hero no.2 tu la..) On the way g kinik ni... 6.15am
Kebetulan la plak.. 17/11 kul 3pagi dah sakit.. papa tak der la plak.. call papa tak dpt.. kul 5.45am baru papa reply.. lega skit. Kalau ikutkan mmg ari tu dah buat appointment denagn doc tuk buat epidural nak bagi baby kuar awal. Alhamdulillah la.. baby ni camtau jer ummi nak dia kuar ari ni. Kul 6.15am papa sampai.. so terus g kinik. Sampai kinik takut nak masuk.. tgu jer kat luar smpi kul 7.30am..
Ni saat saat akhir baby adieff dok dalam perut ummi.. jap lagi baby nak tengok dunia baru dah... MAsuk kinik misi kata dah bole bersalin.. jalan dah bukak 7.5cm.. cancel epidural dah.. sakit giler.. adeehh.. doktor ni banyak tanya plak...selepas berhempas pulas.. kuar gak baby Adieff ni.. syukur la dapat lahirkan normal.. takutnyer kalau kalau kena operate.. baby kuar2 tengok mak aii.. gelapnyer anak ummi... rupanya doc kata leher dia terbelit tali pusat.. biru muka adieff..sian dia... Ni adieff pas sejam kuar dr perut ummi.. kembang jerk muka. DEngar dia nangis sekali jer..papa kata adieff nangis kena inject.. pastu da tido jer. Nampaknyer papa yang lebih penat..last last papa yang tertido kat katil spital ni.. terkejut nurse tu bila masuk bilik.. mana tak nyer.. katil kecik.. tp ada 2 orang atas katil.. papa ni pun..tak menyabar.. wakakakaa.. Sekarang semua dah selesai.. tak sabar nak tengok adieff membesar plak..

Baca Selanjutnya..
Related Posts with Thumbnails

visitors globe

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP