Tuesday, December 22, 2009

Ayat-Ayat "Cinta" Selepas Kahwin ... huhu



Ayat Sebelum Tido:

6 minggu   : Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan      : Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun      : Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Ayat Nak Pakai Toilet:

6 minggu   : Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan      : Masih lama lagi ke nih?
6 tahun      : Brang! brang! brang! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Baca Selanjutnya..

Monday, December 14, 2009

SWEET MOMENTS by LENSA MAMA



Contest pertama yang dianjurkan oleh LEnsa MAma... Contest ni berkaitan dengan apa-apa yang 'SWEET'. Jom tengok syarat dia...

How to join this sinful SWEETness?
1. Be a follower of lensaMama( done)
2. Include lensaMama in your blog list (done)
3. Copy lensaMama's badge to the sidebar of you blog and link it to http://lensamama.blogspot.com/(done)

Baca Selanjutnya..

Mandi Manda kat Rumah Ibu ....



Disember macam biasa la...musim hujan.. Nak bawak anak2 g manda manda macam risau la skit.. jadi ummi beli kolam plastik yang besssaarr tuk dorang. Tengok la gambar tu.. air lom sampai suku lagi semua dah masuk.. tak sempat -sempat.. baik yang besar.. yang kecik.. tak ingat2. Adieff pun bole tahan tu... tak kuar dari kolam. Ummi yang tengok pun macam syok yer.. nak masuk sekali kang roboh plak kolam tu.. hihi...

Baca Selanjutnya..

Sunday, December 13, 2009

Bunga & Maksud Personaliti



Sebelum anda menghadiahkan bunga sebagai pemberian, mari kita sama-sama mengetahui maksud di sebalik bunga-bungaan yang menjadi pilihan pada sesetengah majlis perkahwinan mahupun sebagai hadiah pemberian kepada yang tersayang. Pemilihan bunga yang 'closest to the message' yang cuba disampaikan adalah cara terbaik menunjukkan personaliti sesuatu pemberian. Dan biarlah yang tersayang tahu bahawa anda inginkan pemberian tersebut menjadi satu pemberian yang amat bermakna

Carnations

Adalah bunga yang paling dikenali di seluruh dunia. Bunga Carnation selalunya dihargai dan menyenangkan. Ia ada dalam pelbagai warna dan pada asasnya adalah simbolik kepada tarikan cinta

Baca Selanjutnya..

Friday, December 11, 2009

SWEET WANNUR & COMEL BERGAYA GIVEAWAY




Giveaway kali ni plak dianjurakan oleh wannur bersempena dengan 3rd anniversary perkahwinan wannur & suami (30 Nov), dan juga bersempena pembukaan kedai baru wannur iaitu COMEL BERGAYA!!

Baca Selanjutnya..

Thursday, December 10, 2009

Giveaway dari Ibtisamfarah

Ni ada ladi giveaway contest. Meriahnya dunia blog ni.. Ummi pun dah tersyok join contest2 ni. Menang kalah belakang citer...


Giveaway kali ni datangnya dari http://ibtisamfarah.blogspot.com/2009/11/my-very-first-giveaway.html. Kat blog dia banyak citer pasal craft. Creativeeee... ummi pun suka sangat dengan craft ni.. cuma sekarang ni kekurangan masa nak hadap benda kecik2 tu. Bukan apa baru jer kuar tong craft.. baby adief dah sebok datang tolong bongkar.. dibuatnya manik tumpah satu kerja nak memungut... Kalau dia dapat kain plak.. satu rumah dia heret.. camne la ummi nak buat kerja ekk...Apa-apa pun kena la tunggu dia tido... tp.. kdg2 nak tidokan dia.. dengan ummi pun ikut tertido.. hihi.. camno tu ?? apa pun ummi luv craft..

Kalau ummi  dapat hadiah kain tu.. ummi nak  buat tote bag la... Tengok ramai yang buat tote bag tu cantik2 plak.. teringin nak ada satu dari hasil kerja tangan sendiri.. InsyaAllah... Cantik kain yang tuan punyer giveaway ni nak bagi.. ummi suker kain itam putih tu... mana la tau ada rezeki kan...
 

So pada sesaper yang nak cuba dapatkan kain tu gak.. meh la join giveaway.. reramai meriahkan dunia contest kat blog... Kalau tak dapat .. kita cuba la lagi..

Tarikh tutup : 13 Disember 2009


Baca Selanjutnya..

Sunday, December 6, 2009

Aksi Ceria Si Comel Bersama Stereng

Haa... ni ada contest lagi... Ummi dah ter syok plak join2 contest ni...  Contest kali ni datangnya dari ... blog Ryn



Contest dianjurkan bersempena ngn 2nd Birthday Adam yg bakal menjelma Disember ini... Hepi besday to Adam ..
Antara syarat2 contest :

:: Copy banner kat atas ni boh kat sidebar korang berserta ngn link contest. Takde link otomatik tak layak... ( done )
:: Jadi follower blog daku...Jangan segan2 eh...(done)
:: Umur anak antara 0-3yrs. Terbuka kepada boy & girl. (okies)
:: Upload gambar anak berserta dgn aksi sterengnya. Letak nama dan umur, pehtu korang cerita laa serba   sedikit pasal gambar tu...Tak kisah laa stereng ape pn jnji STERENG.. ( done)
:: Upload berapa banyak yg boleh, tapi hanya SATU gambar terbaik akan dipilih utk dipertandingkan....( 4 cukupla.. confuse nak pilih yang mana ..)
:: Kalau korang ada 2 org anak...boleh je...tp takleh gambar bersama kena gambar sorang2. Nnt susah nak wat keputusan.. ( satu jer )
:: Setelah syarat kat atas ni complete, sila laa tinggalkan link korang supaya senang tuan punya contest nak terjah..(done)

Tarikh tutup contest : 18 Disember 2009 @ 10pm

Aksi Ceria Si Comel "Adieff" Bersama Stereng





Nama baby : Adieff Eizlan Bin Maszalan
Umur : 1 tahun 2 bulan

Ntah kenapa yer budak2 kecik ni suker sangat ngan stereng. Apa agaknya yang dorang fikir.. Macam baby lain jugak.. adieff pun pantang betul nampak stereng.. masuk jer keta ... stereng pasti jadi tumpuan dia dulu. Kadang-kadang tu.. ummi letak dia kat car seat.. pusing jer dia dah tertonggeng nak g kat tempat stereng tu.. Bila papa dia drive.. dia gasak nangis nak dok kat papa dia.. bila g kat fun park yang banyak keta menan tu.. dah naik memamg susah nak turun... Kalau kita angkat dia jerit sekuat hati.. adeehh... apa pun seronok tengok aksi nakal dia.... apa agaknya yang best sangat kat stereng tu ek... adieff oh adieff...


Aksi adieff sebelum tertonggeng kat stereng.. Masuk jer keta.. terus nak g kat stereng.. iskhhh
( Gambar ni bukan tuk contest .. Hiasan jerk.. hihi)

HADIAH DISEDIAKAN UTK 3 PEMENANG SAHAJA
+
3 HADIAH LUCKY DRAW

APA LAGI, CEPAT2 LAH JOIN CONTEST ..... SELAMAT MENCUBA!!





Baca Selanjutnya..

Saturday, December 5, 2009

"Seindah Butterfly" Giveaway - Kategori B



Dah lama ummi tak jalan-jalan ke blog lain... Ada masa ni ummi jengah2 la.. banyaknyer contest ujung2 tahun ni. Ummi tak penah lagi join contest2 kat blog ni.. Kali ni ummi nak join la.. suka tgk gambar baby2 tu.

Contest ni diberi nama"Seindah Butterfly" Giveaway B sempena besday tuan punyer blog tersebut.
Hadiah plak disponsor oleh 'selumber mama' , cUDa. seorang tokey baju.
Jom tengok syarat peraduan...

Baca Selanjutnya..

Emal & Anugerah Pelajar Cemerlang

Lama rasanya tak bercerita pasal kisah anak-anak kat blog ni. Entry kali ni memang terlewat.. tapi ummi post jugak sebab nak 'abang ngah emal ' ( hero ummi yang 2nd) tu rasa kembang skit.



Baca Selanjutnya..

Sunday, November 15, 2009

Rahsia Di Sebalik Gerak Laku

Kadang-kadang kita tidak menyangka bahawa perlakuan adakalanya mencerminkan sikap seseorang. Di sini disenaraikan gerak laku yang berkait dengan sikap.




Baca Selanjutnya..

Thursday, November 12, 2009

Sumpah Bunian ...

Akhirnya dapat jugak ummi habiskan tengok citer SUMPAH BUNIAN ni.. Drama best2 tayang time keja la plak.. Jadi terpaksa la tengok ulangan jer.. tu pun kat web.. nak tgk ulangan kat TV9 asik terlepas.. mana tak nya malam tu plak time tuk masak.. time buat kerja umah plak... abis.. tgk kat web dari mana?? hihi... sssyyhhhhhhh...





Baca Selanjutnya..

Monday, November 9, 2009

Rahsia Warna Lipstick

Pemilihan warna lipstik adalah terpulang kepada cita rasa individu masing-masing dan di sebalik warna pilihan mereka itu, ia mewakili sikap dan peribadi diri mereka sendiri. Dikatakan hanya gadis yang berani selalunya memilih warna yang terang dan garang seperti merah untuk menyerlahkan lagi penampilan diri mereka. Malah ada yang mendakwa lipstik merah menambahkan seri wajah si pemakai. Namun tidak kurang juga yang menggemari warna yang lembut seperti pink, coklat dan sebagainya. Malah ada yang hanya selesa memakai lip gloss sahaja. Semua itu terpulang kepada diri individu itu sendiri.





Baca Selanjutnya..

Thursday, November 5, 2009

Adieff Yang Menghiburkan






Baca Selanjutnya..

Sunday, October 18, 2009

Kenali Watak Melalui Kuku

Bentuk kuku kita memiliki makna yang berbeza. Bagaimanakah bentuk kuku kawan baik, pasangan atau diri anda? Kenalilah wataknya...




1. Kuku yang baik, rapi dan indah :

Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.


Baca Selanjutnya..

Friday, October 2, 2009

Heellloooooo...

Lamanya rasa tak menjengah ke blog ni. Kerja bertimbun-timbun atas meja. Bukan la sebab ummi banyak 'ngular' tapi memang banyak yang perlu di update. Makin banyak buat makin banyak plak yang datang. Itu satu hal, blog ni satu hal gak.. gatal tangan aritu dok ubah2 template konon.. nah ko... semua lari.. pastu tak sempat nak betulkan. Konon pandai.. tapi tak pun... uuwwwaaa...

Baca Selanjutnya..

Tuesday, August 18, 2009

RAHSIA PERSONALITI BERDASARKAN GAYA CUTI

Kali ni jom kita layan dulu artikel tentang RAHSIA PERSONALITI BERDASARKAN GAYA CUTI ini. Rupanya memilih tempat melancong pun ada maksud tersiratnya...Jom baca...Zassssss…………..Oppssss….sebelum itu, mungkin ada baiknya kalau anda pilih dulu, lokasi bercuti berikut ini, sebelum membaca sepenuhnya.


Sekiranya anda diberi pilihan, ke manakah anda akan bercuti?

1. PULAU (Contoh, Pulau Perhentian ker…)
2. BANDAR-BANDAR BESAR (Contoh, TOKYO, LONDON ker…)
3. TAMAN TEMA (Contoh, Genting Park ker, Disneyland ker…)
4. BANDAR / KOTA BERSEJARAH (Contoh, Melaka ker, ISTANBUL ker…)
5. GUNUNG-GANANG (Contoh, Gunung Tahan ker, Kinabalu ker…)
 

Baca Selanjutnya..

Monday, August 17, 2009

UBAH WAJAH BLOG

Ummi dah boring la dgn wajah asal blog ni.. sajer nak tukar.. tapi tetap mengekalkan warna hitam & purple.. buat masa ni tengah berterabur la ni... hahaha... Tungguuuu....



post signatureumminani

Baca Selanjutnya..

Sunday, July 26, 2009

Kembali Menjengah Blog...

Lamanyer ummi tak mencoret kat blog ni.. Lansung tak bole jadi 'blogger tegar'.. huhu... Nampaknyer banyak yang ummi tertinggal tuk dicoretkan..sebab tu diari ummi tiap2 tahun kosong.. hihi..Apa-apa pun ummi tetap nak tempek pic hero-hero ummi ni dulu... tah bila masa dorang tetiba dah besar.. hhmmm



super hero ummi masa kecik2...

post signatureumminani

Baca Selanjutnya..

Wednesday, June 17, 2009

Workshop Rahsia Tarikh Lahir - FREE !!!!

Hari ni ummi nak citer pasal WORKSHOP RAHSIA TARIKH LAHIR yang dikendalikan oleh Dr. Azizan. Macam pelik jer bunyinyer.. Bijak Dr. ni buat duit.. Nampak kaedahnyer macam kelakar.. tu yang buat ummi & hubby sering tertanya2.. apa agaknya kandungan workshop tu yer... lepas abis attend workshop tu nak buat apa? Bole jadik tukang tilik ke? Hhmm... Kebetulan kawan ummi yang baikkk sangat sorang tu (Zanasam) pegi ke workshop tu.. (ntah apa mimpi la minah tu.. ntah apa yang buat dia terfikir nak attend workshop tu)lepas tu dia yang citer kat ummi.. seronok sangat.. kira-kira macam workshop tuk motivasi diri la.. dengar citer dia cam enjoy jerk..

Belek-belek metro aritu.. terpampang iklan WORKSHOP RAHSIA TARIKH LAHIR .. 2 page tu.. TIKET PERCUMA !!..

Baca Selanjutnya..

Rahsia Mata Wanita

Kata pepatah.. dari mata turun ke hati.. Ada rahsia rupanya di sebalik lirikan & renungan mata ni. Cuma tengok mata anda.. jatuh kat kategori mana agaknyer.. baca & nilaikan sendiri.. tak tau la yer ke tidak.. hanya buat hiburan...


 

Baca Selanjutnya..

Sunday, June 14, 2009

Jejalan Ke Danga Bay

Dah lama tak ke Danga Bay.. ada memember dari luar johor yang tanya Umie best ke Danga Bay tu.. hhmm.. susah gak nak cakap..best ke tak yer.. kalau nak lepak2 kejap tu ok la kot... baby Adieff pun lom penah ke sana lagi.. Petang aritu sajer la bawak dorang jalan-jalan.. sempat la gak naik train dia tu.. melayan anak2.. seronok gak sesekali jejalan gini..


Elul , Emal & Baby Adieff posing ..

post signatureumminani

Baca Selanjutnya..

Friday, June 12, 2009

Rahsia Di Sebalik Jenis Darah

Apakah jenis darah anda? A? B? AB? O?

Adakah anda percaya jika saya katakan bahawa memang ada rahsia disebalik jenis darah anda? Banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa jenis darah dapat memberikan gambaran tentang perangai dan sifat seseorang itu. Nampaknya memang ada rahsia disebalik jenis darah.. jom kita kupas apa yang terselindung di sebalik jenis darah kita...




Baca Selanjutnya..

Thursday, June 11, 2009

Adieff dah besar...



Lamanyer tak update blog.. Nak kata busy..ye gak.. tapi sebetulnya la.. nak menulis ni kena ada mood.. sama gak dengan berblog. Kalau mood nak berblog tengah datang.. macam-macam nak ditempek sampai kadang-kadang kena save as draft dulu sbb tak nak posting yang byk sangat dalam sehari. InsyaAllah mood berblog dah kembali semula...Seperti selalu.. umie suka mulakan dengan update kisah Adieff yang comel.. (semua baby comel...)


Baca Selanjutnya..

Thursday, June 4, 2009

Coottiiiiiiii





post signatureumminani

Baca Selanjutnya..

Monday, April 27, 2009

Rambut Gambaran Peribadi ..



1) RAMBUT LURUS
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan


Baca Selanjutnya..

Wednesday, April 15, 2009

IQ Games... Toolonngg...

Aritu kemaskini folder kat pc ni ha.. tergodeh plak games2 lama.. Hhmm.. ada la satu games ni ha... nampak cam simple tapi mmg ummi tak bole nak settle.. IQ lemah sangat ker.. tp dah banyak kali cuba la... tak berjaya... Saper2 tau camner nak settla bole share tak? Geram betul.. dah lama terpendam ni...

Ni la rupa gamenyer...






Download game kat sini


post signatureumminani

Baca Selanjutnya..

Adieff Newsss...

Rasanya dah lama tak tempek pic Baby Adieff kat sini.. slalu update kat facebook jer.. hari ni mood nak tempek gambar dah mai... huhu..

Baca Selanjutnya..

Monday, April 6, 2009

Personaliti Diri Melalui Haiwan Penaung

Hhhmm.. kali ni kita tengok personaliti diri melalui binatang yang bernaung di bawah tarikh lahir.. (tapi jangan la percaya sangat yer.. Hanya sebagai bahan bacaan..)

Baca Selanjutnya..

Monday, March 30, 2009

TAG ??




Tag dari UmmiHakimIman ( sori.. takdak link sebab blog dia set private.. untuk invited person jerk..)

1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!

Bila tetiba naik darah dengan perangai hero 2 orang tu ( saper lagi kalau bukan Elul & Emal).. mula la rotan singgah kat kaki badan dorang.. piat2 dah tak jalan.. rotan jer.. tp macam dah tak laku gak skrg ni. Tapi bila lepas marah tu macam menyesal sangat.. kesian plak tengok dorang.. tapi... uuwwwaaaaaaaa.... dorang buat ummi dia jadi tarzan kat taman perumahan tu....


Baca Selanjutnya..

Friday, March 27, 2009

Hebatnya Jadi Wanita...


Ari ni sajer borak2 dengan sorang member online.. borak punya borak kuar plak citer pasal ruitn harian kami..

Kata member tu (su_zaimi) "wanita je yang bole buat banyak kerja dalam satu masa".. memang aku sokong sangat kenyataan tu. Mana tak nyer.. macam kami ni.. bukan jer wanita.. tp wanita @ ibu @ isteri @ berkerjaya @ bisneswoman... perghhh.. banyak tu.. sempat lagi buat bisness online plak...Tu baru watak jer.. cuba diungkaikan tiap2 kerja dalam setiap watak tu.. tak terkira banyaknyer kerja seorang wanita.


Baca Selanjutnya..

Thursday, March 19, 2009

Mengenali Peribadi Wanita Dari Cara Berjalan




1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


Baca Selanjutnya..

Wednesday, March 18, 2009

Musim Bunga di Malaysia ??



Permandangan masa perjalanan pergi balik kerja sekarang ni sungguh menenangkan.. Sukernyer tengok bunga2 tu.. lebih2 time berangin.. bunga2 tu gugur slow2 jerk.. cantiknyerrr.. ( macam jiwang la plak bunyinyer..) tp mmg cantik pun... suker la...

post signatureumminani mencoret

Baca Selanjutnya..

Sunday, February 22, 2009

Nak bisness online? Jom Belajar Bina Kedai Online ..

Ari ni nak promote arr... Pendaftaran baru dibuka.. Jom daftar..



FAKTA TERKINI!

Telah berjaya melahirkan lebih 1000 Online Store pada tahun 2008!
Telah berjaya melahirkan lebih 100 Domain baru milik para peserta!
Telah berjaya mengubah kaedah jual-beli yang lebih sistematik dan MUDAH!

Dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda dapat...

Portalniaga Training secara online ~ Latihan + Praktikal
1 Laman 'Shopping Cart'
1 Laman Pembelajaran (E-Learning)
1 Email Portalniaga
50MB Ruang Penyimpanan
*Percuma! subdomain.portalniaga (http://www.anda.portalniaga.com)

Maklumat lanjut.. nak tgk camner rupa online shop? klik sini..
umminani.ekiosk




post signature umminani mencoret

Baca Selanjutnya..

Tuesday, February 10, 2009

Adieff Maju Selangkah Lagi...



yeah..yeah..cubaan pertama gagal.. (tilam ni kacau la ummi.. ) adieff jerit2 geram ni.. cuba lagi.. yeahh...yeahh... berjayaa... yyeeeeaaa...Adieff dah meniarap... best.. best.. dah naik satu level lagi.. pasni adieff nak merangkak plak.. yeehaaa.... adieff dah makin membesar..( adieff dah 4 bulan 10 hari ni... )


post signatureumminani mencoret

Baca Selanjutnya..

Sunday, February 1, 2009

Kenali Wanita melalui 4 Elemen

Baca dan fikirkan di manakah anda. Mungkin apa yang dikatakan ada kebenarannya. Hahayatilah pengetahuan ini. Walau bagaimana pun, Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Penentuan unsur seseorang ditentukan oleh anak yang keberapa dalam keluarga:-

a) TANAH - anak pertama, kelima, kesembilan.

b) AIR - kedua, keenam, kesepuluh

c) API - ketiga, ketujuh, kesebelas

d) ANGIN- keempat, kelapan, keduabelas


Baca Selanjutnya..

Nombor Peribadi Anda


Seorang ahli fizik yang juga merupakan pengasas terapi warna di Malaysia, Prof.Dr. Norhisham Wahab mengaku melalui kajiannya ada nombor yang membawa keburukan dan kebaikan. Menurut beliau,nombor ada semangat atau tenaga semula jadi yang boleh membawa keburukan atau kebaikan. Jadi, jangan terkejut kalau ada orang gunakan nombor tertentu untuk menjadikan dirinya bertuah. Menurut beliau lagi, setiap orang dilahirkan bersama nombor yang ada pertalian dengan planet di mana kedua-duanya akan mempengaruhi tingkah laku seseorang.

Jom kita baca huraian beliau tentang rahsia nombor dan kegunaannya.


Baca Selanjutnya..

Tuesday, January 27, 2009

Baby Adieff in Action



Adief dgn playmat nyer.. Bersungguh2 dia nak kunyah benda tu. Pantang dapat pegang benda semua nak masuk mulut.. Waktu ni adieff dah 4 bulan 10 hari.. adieff dah dapat capai & pegang barang2 dengan lebih tepat. Tak sabar nak tengok lagi perkembangan adieff...


post signatureumminani mencoret

Baca Selanjutnya..

Sunday, January 18, 2009

Belajarlah Bersyukur

Melihatkan penderitaan & kesengsaraan di Palestine.. Sesungguhnya kita patut belajar BERSYUKUR...


1. Bersyukur walaupun mempunyai suami/isteri yang tidur berdengkur di waktu malam... kerana beliau masih tidur disisi kita bukan dengan orang lain.


Baca Selanjutnya..

Hargai Diri Anda

Kalau anda tetiba rasa terasing.. sedih.. rasa kesepian.. cuba fikir-fikirkan kenyataan di bawah ni..

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan
sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam
beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi
seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang,
walaupun dia tidak menyukai anda.


Baca Selanjutnya..

Wednesday, January 14, 2009

Doa Untuk Palestin

Nampaknyer kebizian aku macam takde penghujung jerk.. tp nak gak post something sbb ari ni hati rasa cukup terusik bila membaca kekejaman ZIONIS yang semakin berleluasa.Sebelum ni aku cuba mengelak dari tengok gambar2 yang meyayat hati baik di paper, tv, internet.. bukan apa.. tak sanggup rasanyer.. Tapi ari ni aku tengok gak.. (tak sanggup nak tempek pic2 kekejaman tu..)

Ya Allah.. manusiakah ISRAEL tu? atau syaitan yang hanya bertopengkan manusia? Melihat & membaca catatan di blog2 lain.. airmata aku mencurah2 plak.. ( tu yang malas tu...) Apalah salah si kecil yang tak tahu apa2 lagi tentang kehidupan.. yang faham tentang peperangan.. teringat kat baby adieff... rindunyer kat anak2 ummi...

Bagaimana agaknyer perasaan ibu yang mengandung & melahirkan anak2 kecil itu yang apabila tiba2 dibunuh kejam oleh syaitan2 YAHUDI!!


Baca Selanjutnya..

Sunday, January 11, 2009

Kembali berblog..

Photobucket


Rindu plak nak memblog.. huhu.. Lately ni kebizian yang melampau tidak memungkinkan aku mengadap & mnggodeh blog..

macam2 bz ada..Bizi dengan urusan sendiri.. dahtu cuti panjang plak, lemah gak nak abiskan cuti tahun lepas.. banyak lagi baki ni.. Saper nak?? hehhe..

Dah tu asik la balik kampung.. kat kampung mana der peluang nak access internet.. takde masa nyer..

Di sambung plak dengan urusan anak2 yang nak naik sekolah.. tu yang paling letih tu. Adehh..

Start naik kerja jerk dah start plak nak buat closing tuk akhir tahun.. ni lagi la hampeh.. mana tak nyer aku kena repair, godeh, update, checking data2 yang dah bercelaru sebab cuti lama aritu. Yang plaing geram tu.. ada plak tangan2 lain yang gatal ubah2 data aku.. tu yang sasau jap nak settle..

tp akhirnya.. yessss.. settle..

Sekarang ni semua 'kemelampauan' tu dah mula reda.. dapatlan bernafas skit kat blog ni. Lamanyer tak update..huh.. let's start...

Perkara pertama yang aku nak buat kat blog ni... tempek Guestbook... dah buat pun... tgk kat atas tu.. takkan tengok jer kot.. conteng2 arr skit kat guestbook tu.. huhu..

Baca Selanjutnya..
Related Posts with Thumbnails

visitors globe

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP