Sunday, January 18, 2009

Belajarlah Bersyukur

Melihatkan penderitaan & kesengsaraan di Palestine.. Sesungguhnya kita patut belajar BERSYUKUR...


1. Bersyukur walaupun mempunyai suami/isteri yang tidur berdengkur di waktu malam... kerana beliau masih tidur disisi kita bukan dengan orang lain.


2. Bersyukurlah untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan,kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan berpeleseran dijalanan.

3. Bersyukurlah untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. Bersyukurlah untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

5. Bersyukurlah untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. Bersyukurlah untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. bersyukurlah untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. Bersyukurlah untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. Bersukurlah untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10.Bersyulurlah untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...


Alhamdulillah...




post signatureumminani

Cetak Artikel Ini

5 comments:

azlishukri January 22, 2009 at 1:28 AM  

saya suka nasihat ni..sangat baik dan murni. salam singgah

Ummi Nani January 22, 2009 at 11:47 PM  

mekasih singgah azli... nasihat2 tuk ingatkan diri sendiri gak..

Anonymous January 23, 2009 at 2:01 AM  
This comment has been removed by a blog administrator.
Pak Kuntong January 26, 2009 at 12:25 AM  

Kita bersyukur kerana negara kita aman makmur, walaupun ada orang yang asyik menyalahkan pihak yang bertanggungjawab, yang sentiasa mencari kesalahan orang lain.

Baka Kelana January 31, 2009 at 2:01 AM  

Benar saudariku
kita haris selaolu bersyukur atas segala rahmat yang telah diberikan oleh Allah SWT

Related Posts with Thumbnails

visitors globe

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP