Tuesday, January 27, 2009

Baby Adieff in Action



Adief dgn playmat nyer.. Bersungguh2 dia nak kunyah benda tu. Pantang dapat pegang benda semua nak masuk mulut.. Waktu ni adieff dah 4 bulan 10 hari.. adieff dah dapat capai & pegang barang2 dengan lebih tepat. Tak sabar nak tengok lagi perkembangan adieff...


post signatureumminani mencoret

Baca Selanjutnya..

Sunday, January 18, 2009

Belajarlah Bersyukur

Melihatkan penderitaan & kesengsaraan di Palestine.. Sesungguhnya kita patut belajar BERSYUKUR...


1. Bersyukur walaupun mempunyai suami/isteri yang tidur berdengkur di waktu malam... kerana beliau masih tidur disisi kita bukan dengan orang lain.


Baca Selanjutnya..

Hargai Diri Anda

Kalau anda tetiba rasa terasing.. sedih.. rasa kesepian.. cuba fikir-fikirkan kenyataan di bawah ni..

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan
sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam
beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi
seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang,
walaupun dia tidak menyukai anda.


Baca Selanjutnya..

Wednesday, January 14, 2009

Doa Untuk Palestin

Nampaknyer kebizian aku macam takde penghujung jerk.. tp nak gak post something sbb ari ni hati rasa cukup terusik bila membaca kekejaman ZIONIS yang semakin berleluasa.Sebelum ni aku cuba mengelak dari tengok gambar2 yang meyayat hati baik di paper, tv, internet.. bukan apa.. tak sanggup rasanyer.. Tapi ari ni aku tengok gak.. (tak sanggup nak tempek pic2 kekejaman tu..)

Ya Allah.. manusiakah ISRAEL tu? atau syaitan yang hanya bertopengkan manusia? Melihat & membaca catatan di blog2 lain.. airmata aku mencurah2 plak.. ( tu yang malas tu...) Apalah salah si kecil yang tak tahu apa2 lagi tentang kehidupan.. yang faham tentang peperangan.. teringat kat baby adieff... rindunyer kat anak2 ummi...

Bagaimana agaknyer perasaan ibu yang mengandung & melahirkan anak2 kecil itu yang apabila tiba2 dibunuh kejam oleh syaitan2 YAHUDI!!


Baca Selanjutnya..

Sunday, January 11, 2009

Kembali berblog..

Photobucket


Rindu plak nak memblog.. huhu.. Lately ni kebizian yang melampau tidak memungkinkan aku mengadap & mnggodeh blog..

macam2 bz ada..Bizi dengan urusan sendiri.. dahtu cuti panjang plak, lemah gak nak abiskan cuti tahun lepas.. banyak lagi baki ni.. Saper nak?? hehhe..

Dah tu asik la balik kampung.. kat kampung mana der peluang nak access internet.. takde masa nyer..

Di sambung plak dengan urusan anak2 yang nak naik sekolah.. tu yang paling letih tu. Adehh..

Start naik kerja jerk dah start plak nak buat closing tuk akhir tahun.. ni lagi la hampeh.. mana tak nyer aku kena repair, godeh, update, checking data2 yang dah bercelaru sebab cuti lama aritu. Yang plaing geram tu.. ada plak tangan2 lain yang gatal ubah2 data aku.. tu yang sasau jap nak settle..

tp akhirnya.. yessss.. settle..

Sekarang ni semua 'kemelampauan' tu dah mula reda.. dapatlan bernafas skit kat blog ni. Lamanyer tak update..huh.. let's start...

Perkara pertama yang aku nak buat kat blog ni... tempek Guestbook... dah buat pun... tgk kat atas tu.. takkan tengok jer kot.. conteng2 arr skit kat guestbook tu.. huhu..

Baca Selanjutnya..
Related Posts with Thumbnails

visitors globe

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP